Table of Contents
ToggleApakah takrif asnaf menurut Islam?
Menurut Zakat Selangor, asnaf ialah bermaksud orang Islam yang tiada harta atau pendapatan. atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50% daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
Menurut syariat Islam, terdapat 8 golongan asnaf yang berhak menerima zakat, iaitu:

1. Fakir
Orang yang tidak memiliki harta benda atau hanya memiliki harta benda yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas beserta tanggungannya.
2. Miskin
Orang yang memiliki harta benda, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan tanggungannya.
3. Amil
Orang yang bertugas memungut, mengurus, dan mengagihkan zakat.
4. Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Riqab
Seseorang yang ingin memerdekakan dirinya daripada berada di bawah satu kuasa atau keadaan yang menjadikannya hamba yang ingin cuba keluar dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Gharimin
Gharimin adalah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau berkait dengan masyarakat dan tiada upaya untuk melangsaikan hutangnya.
Ada 3 syarat antaranya adalah :
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Fisabilillah
Orang yang berjuang di jalan Allah seperti pejuang fi sabilillah, pelajar ilmu agama dan pendakwah.
8. Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini
Kesimpulan
Penentuan golongan asnaf yang berhak menerima zakat harus dilakukan dengan cermat dan teliti. Zakat harus diagihkan kepada asnaf-asnaf yang benar-benar memerlukan dan berhak menerimanya.
Semoga umat Islam terus maju dan kaya serta dapat membantu lebih ramai lagi saudara-saudara sesama Islam yang memerlukan, InshaAllah.
tags: zakat selangor