Akaun 3 KWSP. Ada Beza Ke Akaun KWSP 1,2 dan 3. Yang Mana Satu Kena Zakat?

Apa Itu Akaun 3 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan di samping menangani keperluan jangka pendek ahli.

Di KWSP ada tiga jenis akaun yang wajib anda ketahui sebagai pencarum :

  • Akaun persaraan : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan di hari tua.
  • Akaun sejahtera : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
  • Akaun fleksibel : Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)

Perlu Ke Zakat Akaun 3

Ya, ini bermaksud setiap simpanan dalam akaun 3 adalah milik sempurna kita bila mana KWSP mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada sekatan untuk pengeluaran pada akaun 3 dan tidak ada syarat pengeluaran, maka ia telah dianggap menjadi milik sempurna pencarum.

Justeru setiap harta pemilikan sempurna ini tertakluk kepada kewajipan berzakat iaitu apabila cukup haul. Zakat yang dikenakan adalah 2.5% atas baki akhir akaun 3 setelah dibelanjakan.

Cara Kira Zakat KWSP

Nisab tahun 2024 : RM 24,198.00
Encik Ahmad berumur 38 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM 30,000.
Encik Ahmad berbelanja sebanyak RM 15,000
Jumlah yang dikenakan zakat : RM 30,000 – RM 15,000 = RM 15,000
RM 15,000 x 2.5% = RM 375.00

Fatwa Zakat KWSP

Fatwa menurut di bawah Seksyen 47, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya (pokok + dividen + bonus) TANPA perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah. Ini kerana para penyimpan diwajibkan mencarum oleh pihak kerajaan tanpa ada pilihan (ijbari). Penyimpan juga tidak wajar dibebankan ke atas sesuatu tindakan kerajaan yang di luar kawalan mereka.

“Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”
Fatir : 18 dan Al-An’aam 164

Kaedah fiqh تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّاعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ iaitu “tindakan pemerintah terhadap rakyat harus terikut dengan kemaslahatan” membenarkan pengurusan wang rakyat oleh kerajaan mengikut Akta KWSP 1991.

Namun sekiranya nanti, KWSP sudah menyediakan pilihan pelaburan secara patuh shariah, maka penyimpan yang tidak memilih pelaburan tersebut perlulah membersihkan /menyucikan bahagian yang haram / syubhah tersebut ke Baitulmal.

Untuk maklumat lanjut, layari portal zakat kami di ezakat.org

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles