Table of Contents
Toggle• Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.
• Anak yang dilahirkan sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenamnya matahari.
• Seseorang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
• Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan.
“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RMXXXX.XX yang wajib bagi diriku/tanggunganku/bagi pihak pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
Satu (1) Fitrah sebanyak satu (1) gantang Baghdad bersamaan 2.7-kilogram beras bernilai RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ringgit Sahaja).
Bayar Zakat Fitrah mengikut jenis beras yang dimakan:
Dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.
Berkenaan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah, terdapat berbagai pendapat ulama’, tetapi yang pastinya ianya dikeluarkan sebelum sembahyang Hari Raya.
Sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud:
“…Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Semoga Allah memberikan ganjaran pahala di atas apa yang engkau sedekahkan, memberkati harta yang masih ada pada kamu dan menjadikannya kamu suci daripada dosa.