Tunaikan Zakat KWSP : Simpanan Untuk Dunia & Akhirat

Mari menunaikan kewajipan zakat KWSP dan membantu mereka yang memerlukan. Setiap zakat anda di samping menjadi tabung masa depan ia juga bakal menjadi pahala abadi. 

5+ Rating

Hampir 1674 Pembayar zakat di platform kami sangat berpuas hati dengan servis yang kami sediakan.

zakat KWSP

Apa Itu Zakat KWSP

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

  • Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

    • Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
      2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
    • Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
      2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP

Caruman KWSP diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama’ sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang apabila telah memenuhi syarat-syaratnya. Dalilnya seperti berikut:

Maksudnya: "Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu?"

Surah Al-Taubah (9): 34-35

Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

Platform Zakat No. 1 Malaysia

Berkongsi Kebaikan Dengan Zakat KWSP

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira' Batu Belah.

0 +

Pembayar Zakat

0 K +

Transaksi Zakat

0

Ranking Di Bawah LZS

Layari Pautan Ezakat.org

Buka pelayar internet anda dan taip ezakat.org. Pautan tersebut akan membawa anda kepada paparan borang.

Isi Maklumat Diri

Pastikan anda mengisi semua maklumat peribadi dan jumlah zakat untuk dibayar.

Tekan "Bayar Zakat"

Setelah selesai mengisi maklumat diri, tekan butang "bayar zakat" dan pihak kami akan menghantar resit rasmi dalam tempoh 14 hari bekerja.

Apa Kata Mereka

Testimonial

Saya sekarang rasa mudah nak bayar zakat di ezakat.org sebab tak perlu lagi bayar di kaunter. Senang dan mudah.

Hafidz Zakaria

Saya tak perlu beratur lagi! lagi senang dan menjimatkan masa saya untuk bayar zakat. Penghantaran resit pun sangat cepat. Terima kasih ezakat.

Afif Mawardy

Setiap tahun saya bayar zakat pendapatan melalui ezakat.org. Sistem yang simple dan mudah untuk bayar zakat.

Rifaah

Ada Persoalan Zakat? Rujuk Di Sini

Jika anda masih ada pertanyaan, boleh hubungi kami di bawah.

Ya, zakat diwajibkan ke atas keseluruhan jumlah pengeluaran (ditaksir bersama zakat pendapatan yang lain).

Tidak perlu. Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya (pokok + dividen + bonus) TANPA perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah. Ini kerana para penyimpan diwajibkan mencarumoleh pihak kerajaan tanpa ada pilihan (ijbari). Penyimpan juga tidak wajar dibebankan ke atas sesuatu tindakan kerajaan yang di luar kawalan mereka.

Kaedah fiqh:

تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّاعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

iaitu “tindakan pemerintah terhadap rakyat harus terikut dengan kemaslahatan” membenarkan pengurusan wang rakyat oleh kerajaan mengikut Akta KWSP 1991.

Zakat hanya dikenakan ke atas bahagian wang yang dikeluarkan tetapi baki di dalam akaun KWSP tidak wajib dikenakan zakat pada masa itu kerana tidak milik sempurna.

 

Zakat hanya dikenakan ke atas bahagian wang yang dikeluarkan tetapi baki di dalam akaun KWSP tidak wajib dikenakan zakat pada masa itu kerana tidak milik sempurna.

 

Diwajibkan membayar zakat wang KWSP yang diperolehi terlebih dahulu sebelum membayar hutang (jika hutang tersebut adalah hutang tertangguh atau hutang jangka panjang).

 

Tunaikan Kewajipan Berzakat Sekarang

Layari laman web ezakat.org di bawah dan tunaikan zakat pendapatan anda dengan mudah dan senang.