terma dan syarat IDYB

Terma dan Syarat
Insentif Diskaun Yuran Bulanan (IDYB)

Pengenalan

Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) menawarkan Insentif Diskaun Yuran Bulanan (IDYB) dengan menunaikan zakat melalui IPH. (IPH adalah Penolong Amil lantikan rasmi Lembaga Zakat Selangor).

Syarat Kelayakan

  1. Mempunyai anak yang bersekolah di bawah Institusi Pendidikan Hira’.
  2. Ibubapa/Penjaga membayar zakat (kecuali Zakat Fitrah) melalui IPH serendah RM100.00/per transaksi.
  3. Pembayaran zakat hendaklah di buat melalui portal https://ezakat.org/diskaunyuran

Kelebihan

  1. Menerima Insentif Diskaun Yuran Bulanan (IDYB) sebanyak 15% dari jumlah zakat yang di bayar.
  2. Membantu Ibubapa/Penjaga mengurangkan kos bayaran yuran pengajian.

Contoh Pengiraan

Simulasi 1Simulasi 2
Bayaran zakat untuk bulan November 2025

Jumlah zakat yang dibayar : RM150
Diskaun yuran : RM150 x 15% = RM22.50

Yuran pengajiaan bulanan (SRIH) = RM438

Jumlah Yuran Perlu dibayar bagi Bulan Disember 2025 = RM415.50 (RM438-RM22.50)

*Diskaun yuran akan diberikan pada bulan berikutnya.
Bayaran zakat untuk bulan April 2025

Jumlah zakat yang dibayar : RM5500
Diskaun yuran : RM5500 x 15% = RM825.00

Yuran pengajiaan bulanan (SMIH) = RM790

Jumlah Yuran Perlu dibayar bagi Bulan Mei 2025 = Tiada

*Diskaun yuran akan diberikan pada bulan berikutnya.
*Baki RM35 (RM825-RM790) akan dibawah ke bulan berikutnya.

Cara Menyertai

Ibubapa/Penjaga hanya perlu membayar zakat dan mengisi butiran yang diperlukan melalui portal https://ezakat.org/diskaunyuran

Soalan Lazim

Tidak dapat, tetapi Insentif Diskaun Yuran Diskaun (IDYB) tersebut akan dibawa pada sesi persekolahan tahun berikutnya.

Tuan/puan boleh menyemak resit rasmi diskaun yuran yang diterima di aplikasi ASIS.my atau melalui portal hira.edu.my (eYuran)

Insentif Diskaun Yuran Bulanan (IDYB) akan dipaparkan di dalam resit rasmi yuran semasa atau bulan berikutnya dalam tempoh sebulan dari bulan bayaran zakat.

Contoh: Bayar zakat pada bulan Februari, diskaun yuran akan dipaparkan pada resit pada bulan berikutnya iaitu Mac.

Ya, resit yang dikeluarkan oleh IPH adalah resit rasmi Lembaga Zakat Selangor.

Bagi pembayar cukai pendapatan, resit ini boleh dijadikan bukti bagi mendapatkan rebat cukai sehingga 100%.

IPH akan menerima pulangan semula wang zakat sebanyak 43.75% dari jumlah kutipan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor. Wang zakat itu kemudian akan diagihkan kepada asnaf-asnaf yang layak menerima zakat.

Setiap agihan wang zakat di buat, IPH akan memaklumkan kepada Lembaga Zakat Selangor dan diaudit.

tags : terma dan syarat IDYB