Apa Itu Zakat Saham dan Hukumnya

zakat saham

Hukum zakat saham yang dilaburkan di pasaran modal adalah sama seperti zakat barang perniagaan (Arudh at-Tijarah), tidak kira sama ada tujuan pelaburan saham itu adalah untuk diniagakan (jualbeli) atau untuk disimpan.

Ini termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor.

Ramai pelabur aktif menabung dalam ASB, ASN, Tabung Haji, dan Unit Trust, tapi masih tertanya-tanya yang adakah semua simpanan dan pelaburan ini perlu dizakatkan?

Jawapannya: Ya, wajib, apabila cukup syarat dan nilai pelaburan itu mencapai nisab yang ditetapkan.

Zakat saham ialah zakat yang dikenakan ke atas nilai saham atau pelaburan yang dimiliki seseorang apabila mencapai nisab dan cukup haul (setahun Hijrah).

Saham termasuk pelaburan dalam:

  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Amanah Saham Nasional (ASN)
  • Tabung Haji
  • Unit Trust / Mutual Fund
  • Saham syarikat di Bursa Malaysia

Fatwa Selangor menetapkan:

“Zakat wajib ke atas pemilik saham apabila cukup nisab dan haul, sama ada pelaburan itu bersifat jangka panjang atau jangka pendek.”

Kenapa Zakat Saham Wajib?

Saham dikategorikan sebagai harta berkembang (mal mustafad) — sama seperti wang simpanan atau perniagaan.
Apabila nilai pelaburan meningkat atau memberi pulangan dividen, ia dianggap harta yang bertambah dan wajib dizakatkan.

Dalil umum:

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu engkau membersihkan dan menyucikan mereka.”
(Surah At-Taubah: 103)

 

Bila Wajib Bayar Zakat Saham?

Zakat saham wajib dibayar setahun sekali (apabila cukup haul), biasanya:

  • Setiap akhir Disember (tahun kewangan)
  • Atau akhir Ramadan (tahun Hijrah)

Namun, disunatkan untuk membayar lebih awal jika nilai pelaburan semasa sudah melebihi nisab (contohnya RM29,961 bagi Jan–Jun 2025).

Kaedah Kiraan Zakat Saham

Terdapat dua pendekatan utama:

  1. Kaedah Nilai Pasaran (Market Value)
  • Digunakan untuk saham yang diniatkan sebagai pelaburan jangka pendek.
  • Kadar zakat = 2.5% × (Nilai saham semasa + Dividen belum dizakatkan – Kos Brokeraj).

Contoh:

Nilai saham semasa = RM50,000
Dividen belum dizakat = RM2,000
Kos Brokeraj = (-RM1,000) (Bergantung kos sebenar dibayar)
Jumlah = RM51,000
Zakat = 2.5% × RM51,000 = RM1,275

  1. Kaedah Nilai Modal + Dividen
  • Sesuai untuk pelaburan jangka panjang (contohnya ASB, ASN, Tabung Haji, Unit Trust).
  • Kadar zakat = 2.5% × (Modal pelaburan + dividen terkumpul).

Contoh:

Modal pelaburan = RM40,000
Dividen terkumpul = RM3,000
Jumlah = RM43,000
Zakat = 2.5% × RM43,000 = RM1,075

 

Cara Bayar Zakat Saham di Selangor

Bayaran zakat KWSP kini boleh dilakukan dengan mudah, sah dan selamat sama ada di kaunter atau secara dalam talian.

1. Di Kaunter Zakat Terpilih

Anda boleh menunaikan zakat di Selangor melalui pelbagai saluran sama ada di 27 cawangan rasmi Zakat Selangor (LZS), di lebih 2,700 lokasi penolong amil fitrah yang biasanya ditempatkan di masjid dan surau, di pasar raya terpilih di seluruh Selangor.

2. Secara Online di eZakat.org (Online Sah & Disahkan LZS)

  1. Layari https://ezakat.org
  2. Pilih kategori Zakat Saham
  3. Masukkan jumlah nilai pelaburan + dividen
  4. Lengkapkan bayaran melalui FPX / Online Banking
  5. Resit rasmi LZS akan dihantar dalam 7 hari bekerja

Kelebihan Bayar Zakat Saham Melalui eZakat.org

  1. Disahkan LZS & Sah di Sisi Syarak
    – Semua transaksi eZakat.org direkod dalam sistem rasmi Lembaga Zakat Selangor.
  2. Resit Rasmi Dalam 7 Hari Bekerja
    – Layak rebat cukai LHDN penuh.
  3. Agihan Terus Kepada Asnaf 
    – Zakat disalurkan kepada golongan asnaf.

Soalan Lazim (FAQ) Zakat Saham

1. ASB dan ASN kena zakat ke?

  1. Ya. ASB dan ASN ialah pelaburan yang memberi pulangan tahunan dan dianggap harta berkembang.

2. Zakat saham ni sama macam zakat pendapatan ke?

  1. Berbeza. Zakat saham berdasarkan nilai pelaburan, manakala zakat pendapatan berdasarkan gaji atau upah kerja.

3. Dividen ASB dah ditolak zakat ke?

  1. Tidak semestinya. Jika belum ditolak, anda masih wajib zakat atas keseluruhan nilai pelaburan + dividen.

4. Bagaimana dengan Tabung Haji?

  1. Tabung Haji mengurus zakat di peringkat institusi. Tapi jika anda tinggal di Selangor, disarankan semak status semasa dan tetap bayar zakat individu jika ada lebihan simpanan lain.

Mudah Kan Tunaikan Zakat Saham

  1. Mengira zakat saham bukan sekadar angka kerana ia menggambarkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan. Nak kira pun tak susah.

    Gunakan panduan dan kalkulator rasmi di eZakat.org untuk semak jumlah sebenar, dan tunaikan zakat dengan yakin melalui Penolong Amil bertauliah LZS.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles

PLATFORM EZAKAT.ORG

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Join Komuniti Kami
Terokai Topik Menarik
Artikel Pilihan Editor