Zakat Pendapatan Dan Kepentingannya

Zakat pendapatan merujuk kepada zakat yang dikenakan ke atas perolehan yang tidak berasaskan modal atau pelaburan harta, tetapi berdasarkan kerja atau khidmat yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas, seperti ganjaran yang diperolehi daripada kerja atau khidmat yang dilakukan. Berikut adalah beberapa aspek penting mengenai zakat di Malaysia :

Kadar Nisab dan Haul

Nisab zakat pendapatan ditentukan berdasarkan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak. Untuk tahun 2024, kadar nisab  di Kuala Lumpur telah ditetapkan sebanyak RM 24,198.

Zakat pendapatan hanya perlu dikira selepas tamat tempoh haul, iaitu setahun ke atas harta yang dimiliki.

zakat pendapatan

Cara Bayar Zakat Pendapatan

Individu boleh memilih untuk membayar zakat pada hujung tahun atau secara berjadual setiap bulan. Potongan zakat secara bulanan biasanya dibuat oleh majikan dan tertera di dalam penyata gaji bulanan. Cara ini lebih memudahkan dan tidak membebankan kerana pembayar zakat tidak perlu mengeluarkan sejumlah amaun sekaligus pada hujung tahun.

Syarat-Syarat Untuk Bayar Zakat 

  • Beragama Islam : Zakat hanya wajib ke atas individu yang beragama Islam.
  • Merdeka : Individu perlulah merdeka (bukan hamba) dan bebas mencari rezeki yang halal.
  • Melepasi syarat Kadar dan Nisab : Nisab merujuk kepada had minimum pendapatan yang perlu dimiliki sebelum dikenakan zakat.

Jom bayar zakat di ezakat.org

FAQ

Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada :
2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun ( jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan had kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.

Related articles

PLATFORM EZAKAT.ORG

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Join Komuniti Kami
Terokai Topik Menarik
Artikel Pilihan Editor