Beza Zakat Fitrah Dengan Zakat Pendapatan, Jangan Keliru

beza zakat fitrah dengan zakat pendapatan

Setiap tahun bila tiba Ramadan, kita sibuk tunaikan zakat fitrah. Tapi bila masuk hujung tahun, ramai pula tanya sama ada “zakat gaji ni sama ke dengan zakat fitrah, apa beza zakat fitrah dengan zakat pendapatan?”

Sebenarnya, dua-dua zakat ni wajib, tapi berbeza dari segi tujuan, waktu dan cara kira.

Sebelum itu, mari kita kenal apa itu zakat fitrah dan zakat pendapatan.

Zakat Fitrah (atau Zakat al-Fitr) ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang mampu, sebagai penyuci diri dan penutup Ramadan.

Menurut Fatwa Negeri Selangor,

“Zakat Fitrah diwajibkan kepada setiap individu Islam yang mempunyai lebihan makanan atau keperluan pada malam dan hari raya Aidilfitri.”

Tujuan:

  • Membersihkan diri daripada kekurangan dalam ibadah puasa.
  • Mengajar tanggungjawab dan displin sebagai seorang Muslim.
  • Membantu fakir miskin menyambut Aidilfitri.

Kadar Bayaran:

  • Mengikut harga beras semasa di negeri Selangor.
  • Contoh kadar 2025 (anggaran): RM7 – RM24 mengikut jenis beras.

Waktu Bayar:

  • Bermula dari 1 Ramadan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.

Afdhal dibayar pada akhir Ramadan.

Apa Itu Zakat Pendapatan?

Zakat Pendapatan pula ialah zakat yang dikenakan ke atas hasil kerja atau upah seseorang sama ada dalam bentuk gaji, elaun, bonus, komisen atau freelance income.

Fatwa Selangor menetapkan:

“Pendapatan hasil pekerjaan, sama ada tetap atau tidak, yang mencapai nisab dan haul adalah wajib dizakatkan sebanyak 2.5%.”

Tujuan:

  • Membersihkan rezeki hasil usaha kerja.
  • Membantu asnaf fakir miskin sepanjang tahun.

Kadar Bayaran:

  • 2.5% daripada pendapatan bersih tahunan.
  • Nisab semasa (Jan–Jun 2025) = RM29,961.

Waktu Bayar:

  • Bila cukup nisab dan haul.
  • Boleh dibayar setiap bulan melalui portal rasmi eZakat.org

Boleh rujuk artikel di sini: Pengenalan Zakat Pendapatan

zakat fitrah zakat pendapatan

Contoh Situasi Nyata Zakat

Ali – Pekerja Tetap

  • Gaji tahunan RM60,000
  • Layak zakat pendapatan (2.5%)
  • Bayar zakat fitrah RM7 setiap Ramadan

Sarah – Freelancer (Gig Worker)

  • Pendapatan tidak tetap, purata RM2,000 sebulan
  • Kalau cukup nisab tahunan, wajib zakat pendapatan
  • Tetap bayar zakat fitrah setiap Ramadan

Amir – Profesional (Eksekutif)

  • Gaji stabil, cukup nisab
  • Disarankan bayar zakat pendapatan secara potongan bulanan
  • Digalakkan bayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan dengan kadar seperti ketetapan dalm fatwa TERKINI.

Dalil & Galakan berkenaan Zakat Fitrah dan Zakat Pendapatan

Zakat Pendapatan

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu engkau membersihkan dan menyucikan mereka.”
(Surah At-Taubah, Ayat 103)

Zakat Fitrah

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan sia-sia dan kata-kata kotor.”
(Hadis riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

Cara Bayar Kedua-duanya Melalui eZakat.org

  1. Zakat Fitrah
  • Layari https://ezakat.org
  • Pilih kategori Zakat Fitrah
  • Masukkan info peribadi untuk tujuan resit
  • Masukkan jumlah yang disarankan
  • Bayar secara FPX / Online Banking
  • Resit rasmi dalam 7 hari bekerja
  1. Zakat Pendapatan
  • Pilih kategori Zakat Pendapatan
  • Masukkan info peribadi untuk tujuan resit
  • Pilih Tahun / Haul serta jumlah yang dikehendaki
  • Lengkapkan bayaran melalui FPX / Online Banking
  • Resit rasmi LZS akan dihantar dalam 7 hari bekerja

Kenapa Dua-dua Penting?

Zakat fitrah menyucikan diri menjelang Syawal, manakala zakat pendapatan menyucikan harta sepanjang tahun.
Kedua-duanya melengkapkan ibadah seorang Muslim sebagai tanda syukur, tanggungjawab dan kasih kepada ummah.

“Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah.”
(Riwayat Muslim).

Kesimpulan

Zakat fitrah dan zakat pendapatan memang berbeza kerana satu ibadah tahunan di bulan Ramadan, satu lagi kewajipan sepanjang tahun.

Tapi matlamatnya sama: membersihkan diri, harta, dan menolong mereka yang memerlukan.

Tunaikan kedua-duanya dengan yakin melalui eZakat.org iaitu Penolong Amil bertauliah Lembaga Zakat Selangor.

Mudah Kan Tunaikan Zakat Fitrah dan Pendapatan

Mengira serta menunaikan zakat fitrah dan zakat pendapatan bukan sekadar angka kerana ia menggambarkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan. Nak kira pun tak susah.

Gunakan panduan dan kalkulator rasmi di eZakat.org untuk semak jumlah sebenar, dan tunaikan zakat dengan yakin melalui Penolong Amil bertauliah LZS.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles

PLATFORM EZAKAT.ORG

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Join Komuniti Kami
Terokai Topik Menarik
Artikel Pilihan Editor