#Platform No. 1 Zakat

Kegembiraan Mereka, Kebahagian Kami

Zakat mampu menyatukan dan memupuk rasa persaudaraan dan kesejahteraan bersama sesama Muslim.

Siapa Kami

Pengenalan

Institusi Pendidikan Hira' merupakan sebuah institusi yang berusaha melahirkan insan rabbani serta memartabatkan pendidikan Islam.

Institusi Pendidikan Hira’ (IPH) merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi berlandaskan nilai-nilai dan prinsip Islam. IPH telah memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga memiliki keperibadian yang mulia, berpegang teguh kepada ajaran agama, dan mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat dan ummah.

Visi

Menjadi Institusi pilihan yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik yang inovatif.

Misi

Membina tokoh masyarakat yang rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.

IPH bermula pada tahun 1985 dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) di Shah Alam, Selangor. SRIH telah berkembang pesat, memaksa perpindahannya ke Kampung Batu Belah, Klang pada tahun 1987 untuk menampung peningkatan bilangan pelajar. Kejayaan ini membawa kepada pengembangan selanjutnya dengan penubuhan Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) pada Disember 1991. SMIH yang asalnya terletak di lokasi yang sama dengan SRIH, kemudiannya berpindah ke Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1998 untuk meningkatkan kapasiti dan kemudahan.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperjuangkan pendidikan Islam, IPH menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQH) pada tahun 1994. MTQH yang bermula dengan hanya lima orang pelajar, telah berkembang dan kini beroperasi di Jeram, Kuala Selangor sejak tahun 1999. MTQH ditubuhkan untuk melahirkan para huffaz yang bukan sahaja mahir dalam penghafalan Al-Quran, tetapi juga dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran profesional yang diperlukan dalam masa kini.

Sepanjang perjalanan hampir empat dekad ini, IPH telah membuktikan keupayaannya dalam menyediakan pendidikan Islam yang komprehensif dan relevan. Melalui pendekatan holistik ini, IPH terus berusaha memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pendidikan Islam di Malaysia bagi membina generasi yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi.

Pencapaian Kami

Platform Zakat No. 1 Malaysia

Berkongsi Kebaikan Berzakat Dalam Islam

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Akumulatif Pembayar Zakat
0 +
Transaksi Zakat
0 K+
Ranking Di Bawah LZS
0

Fokus Kami Untuk Menjadi Peneraju platform zakat yang dipercayai