Mari menunaikan kewajipan zakat pendapatan dan membantu mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan membawa perubahan besar dalam hidup mereka.
Hampir 1674 Pembayar zakat di platform kami sangat berpuas hati dengan servis yang kami sediakan.
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam contoh seperti gaji, upah atau bonus.
Sistem pembayaran zakat secara online ini menyediakan platform pembayaran zakat dengan lebih efisyen dan bersistematik.
Zakat yang dibayar oleh anda layak dituntut sebagai rebat cukai. Rebat cukai bagi zakat akan diberikan terhadap bayaran zakat yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu.
Zakat yang dikutip akan diagihkan kepada asnaf zakat iaitu orang miskin dan fakir miskin, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan mualaf.
Zakat yang anda salurkan dapat membantu membina pusat pendidikan yang berteraskan Islam untuk anak-anak menuntut ilmu dan dapat menyediakan ekosistem pembelajaran yang baik.
Platform Zakat No. 1 Malaysia
Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.
Buka pelayar internet anda dan taip ezakat.org. Pautan tersebut akan membawa anda kepada paparan borang.
Pastikan anda mengisi semua maklumat peribadi dan jumlah zakat untuk dibayar.
Setelah selesai mengisi maklumat diri, tekan butang "bayar zakat" dan pihak kami akan menghantar resit rasmi dalam tempoh 14 hari bekerja.
Mengapa Pilih Kami
Proses pembayaran zakat dan pengeluaran resit cepat dan mudah.
Resit zakat adalah 100% dikeluarkan dan disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Sistem yang efisyen dan memudahkan para pembayar zakat.
Apa Kata Mereka
Saya sekarang rasa mudah nak bayar zakat di ezakat.org sebab tak perlu lagi bayar di kaunter. Senang dan mudah.
Hafidz Zakaria
Saya tak perlu beratur lagi! lagi senang dan menjimatkan masa saya untuk bayar zakat. Penghantaran resit pun sangat cepat. Terima kasih ezakat.
Afif Mawardi
Setiap tahun saya bayar zakat pendapatan melalui ezakat.org. Sistem yang simple dan mudah untuk bayar zakat.
Rifa’ah
Jika anda masih ada pertanyaan, boleh hubungi kami di bawah.
Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada “
2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan had kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.
Kadar zakat adalah sebanyak 2.5% berasaskan tahun Qomariah dan 2.577% berasaskan tahun Masihi.
Harus membayar zakat secara ansuran dalam masa satu haul. Jika melebihi haul ia dianggap qada’ namun sekiranya berkemampuan wajib disegerakan pembayaran zakat.
Para Mufassirin seperti Imam As-Suyuti berpendapat, perkataan “ مَا كَسَبْتُمْ “adalah mubhamah dan memberi makna yang umum merangkumi apa juga jenis pekerjaan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, segala harta yang diperolehi daripada apa jua bentuk usaha dan pekerjaan adalah dikira harta yang wajib dikeluarkan zakat.
Adapun zakat wang simpanan dilihat puncanya dari wang yang telah sedia ada pada tahun sebelumnya. Zakat wang simpanan dikenakan pada baki hujung haul yang mencecah nisab semasa, sementara zakat pendapatan dikenakan kepada jumlah yang berbaki selepas dibuat penolakan untuk had kifayah dan sekiranya bakinya melebihi atau menyamai nisab.
Ya, zakat wajib dikeluarkan ke atasnya setelah menolak kos-kos pada tahun semasa dan dikira sebagai hasil mustaghallat dalam kiraan zakat pendapatan.
Layari laman web ezakat.org di bawah dan tunaikan zakat pendapatan anda dengan mudah dan senang.