Zakat Takaful dan Hibah Takaful: Panduan Lengkap Hukum & Kiraan

zakat takaful dan hibah

Ramai peserta takaful dan penerima hibah tertanya-tanya seperti

“Perlu ke saya bayar zakat untuk polisi takaful atau hibah yang saya terima?”

Persoalan ni timbul sebab takaful dianggap simpanan perlindungan, tapi ada juga elemen pelaburan dan pampasan.

Dalam Islam, hukum zakat bergantung kepada pemilikan sebenar (al-milk al-tam) bermaksud adakah wang itu milik penuh peserta atau belum?
Mari kita faham dengan jelas berdasarkan fatwa rasmi dan pandangan ulama.

Ramai peserta takaful dan penerima hibah tertanya-tanya seperti

“Perlu ke saya bayar zakat untuk polisi takaful atau hibah yang saya terima?”

Persoalan ni timbul sebab takaful dianggap simpanan perlindungan, tapi ada juga elemen pelaburan dan pampasan.

Dalam Islam, hukum zakat bergantung kepada pemilikan sebenar (al-milk al-tam) bermaksud adakah wang itu milik penuh peserta atau belum?
Mari kita faham dengan jelas berdasarkan fatwa rasmi dan pandangan ulama.

Apa Itu Takaful dan Hibah Takaful

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), takaful ialah sumbangan bersama antara peserta untuk saling membantu apabila berlaku musibah.
Caruman peserta dibahagikan kepada dua bahagian utama:

fungsi dan bahagian takaful

Manakala Hibah Takaful pula ialah pemberian (hadiah) yang diterima oleh penerima hibah selepas kematian peserta dan status zakatnya bergantung pada bila harta itu benar-benar dimiliki.

Hukum Zakat Takaful

Menurut fatwa dan pandangan Mufti Selangor, zakat takaful dikenakan hanya apabila memenuhi dua syarat:

  1. Nilai tunai takaful (cash value) berada dalam milikan sempurna peserta
  2. Cukup nisab dan haul (setahun Hijri)

“Zakat dikenakan ke atas nilai tunai takaful apabila ia menjadi milik peserta dengan sempurna, sama seperti zakat simpanan.”
(Rujuk: Zakat Takaful – LZS)

Maksudnya:
Jika akaun takaful ada nilai tunai atau pelaburan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa, maka wajib zakat 2.5% bila cukup nisab & haul.

Hukum Zakat Ke Atas Hibah Takaful

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Al-Kafi #427, pampasan takaful yang diterima selepas kematian peserta dikira sebagai harta pusaka / hibah, bukan zakat serta-merta.

“Pampasan takaful tidak termasuk dalam harta si mati sekiranya ia dihibahkan kepada penerima. Namun, apabila sudah diterima dan dimiliki, maka ia menjadi harta milik sempurna dan tertakluk kepada hukum zakat jika cukup nisab dan haul.”
(Rujuk: Al-Kafi #427 – Mufti Wilayah Persekutuan)

Dalam erti kata lain ialah zakat hanya wajib selepas penerima menerima dan menyimpan wang hibah itu dalam tempoh haul (setahun) serta melebihi nisab semasa.

Pandangan Mufti & Ulama Tentang Pampasan Insurans / Takaful

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa pampasan takaful yang diterima selepas kematian peserta boleh dikategorikan sebagai harta halal (bagi takaful patuh syariah).
Jika dimiliki sepenuhnya dan cukup nisab, maka wajib zakat seperti harta lain.

“Harta pampasan insurans atau takaful termasuk dalam kategori harta apabila ia menjadi milik sempurna penerima.”
(Rujuk: Zulkifli Al-Bakri – #3021 Zakat Bagi Tuntutan Insurans)

Contoh Kiraan Zakat Takaful

Contoh 1: Nilai Tunai Takaful Peserta

  • Nilai tunai (cash value) Disember 2025: RM50,000
  • Dividen tahun 2025: RM800
  • Nisab (Julai–Disember 2025): RM35,449

Jumlah layak zakat = RM50,800
Zakat = RM50,800 × 2.5% = RM1,270.00

Contoh 2: Penerima Hibah Takaful

  • Hibah diterima selepas kematian: RM100,000
  • Wang disimpan 1 tahun, tak digunakan
  • Nisab semasa: RM35,449

Jumlah layak zakat = RM100,000
Zakat = RM100,000 × 2.5% = RM2,500.00

Ringkasan Hukum Zakat Takaful & Hibah

hukum zakat takaful dan hibah

Dalil dan Prinsip Zakat

“Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu engkau membersihkan dan menyucikan mereka.”
(Surah At-Taubah: 103)

“Zakat hanya wajib atas harta yang dimiliki secara sempurna.”
(Al-Majmu’, 5/313 – Imam an-Nawawi)

Cara Bayar Zakat Takaful di Selangor

  1. Bayar Online di eZakat.org
  • Semak nilai tunai takaful terkini dalam portal syarikat takaful.
  • Tambah jumlah dividen atau bonus tahunan.
  • Jika cukup haul & nisab, kira 2.5%.
  • Bayar di eZakat.org bawah kategori Zakat Simpanan / Takaful.
  • Dapat resit rasmi dalam 7 hari bekerja
  1. Di Kaunter Zakat Terpilih Selangor
  • Dapatkan semakan jumlah wajib zakat bersama Penolong Amil bertauliah (lantikan rasmi LZS)
  • Kaunter eZakat.org boleh ke SINI-MAPS
  • Bayar tunai / debit card.
  • Resit rasmi dan layak rebat cukai tahunan

Soalan Lazim (FAQ)

1. Semua polisi takaful wajib zakat ke?

Tidak. Hanya akaun yang ada nilai tunai atau pelaburan (milik peserta) wajib zakat bila cukup haul dan nisab.

2. Hibah takaful yang saya terima untuk anak-anak kena zakat?

Tidak serta-merta. Wajib hanya bila wang itu disimpan dan cukup haul.

3. Pampasan insurans konvensional kena zakat?

Tidak. Ia dianggap harta tidak patuh syariah dan perlu disucikan, bukan dizakatkan. (Rujuk Mufti Selangor, 2011)

4. Bayaran zakat takaful layak rebat cukai ke?

Ya. Semua bayaran zakat kepada institusi bertauliah layak rebat cukai penuh di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kesimpulan

Zakat takaful wajib bila nilai tunai dan dividen berada dalam milikan sempurna peserta serta cukup nisab & haul. Manakala, hibah takaful pula wajib zakat hanya selepas penerima memiliki sepenuhnya dan disimpan melebihi setahun

Mudah Kan Tunaikan Zakat Takaful / Wang Smpanan

Mengira serta menunaikan zakat simpanan bukan sekadar angka kerana ia menggambarkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan. Nak kira pun tak susah.

Gunakan panduan dan kalkulator rasmi di eZakat.org untuk semak jumlah sebenar, dan tunaikan zakat dengan yakin melalui Penolong Amil bertauliah LZS.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles