Anda mencari cara bayar zakat pendapatan anda? Alhamdulillah, jika anda sedang membaca artikel ini, besar kemungkinan anda telah bersedia untuk menunaikan zakat pendapatan anda.
Proses pembayaran kini semakin cepat, mudah dan dijamin sah. Anda boleh menunaikan zakat melalui kaunter zakat terpilih di Selangor atau secara dalam talian melalui eZakat.org, platform rasmi Penolong Amil Zakat bertauliah lantikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah Institusi Pendidikan Hira’.
Setiap bayaran zakat yang dibuat melalui eZakat.org disertakan resit rasmi LZS dalam tempoh 7 hari bekerja, serta layak mendapat rebat cukai pendapatan. Zakat anda diagihkan terus kepada asnaf dan turut menyokong sekolah-sekolah Islam di bawah pengurusan Hira’.
Table of Contents
ToggleKaedah Bayaran Zakat Pendapatan di Selangor
Menunaikan zakat kini boleh dilakukan melalui dua cara utama mengikut keselesaan dan kemampuan anda.
Bayaran di Kaunter Zakat Terpilih
Anda boleh menunaikan zakat di Selangor melalui pelbagai saluran sama ada di 27 cawangan rasmi Zakat Selangor (LZS), di lebih 2,700 lokasi penolong amil fitrah yang biasanya ditempatkan di masjid dan surau, di pasar raya terpilih seperti Aeon dan IOI City Mall. Jadi, anda boleh pilih je di mana kawasan yang berdekatan dengan anda jika mahu bayar zakat secara berhadapan.
Bayaran Dalam Talian Melalui eZakat.org
Bagi yang ingin menunaikan zakat dengan lebih pantas, eZakat.org menyediakan sistem pembayaran zakat secara online, sah dan disahkan oleh LZS.
Langkah-langkah:
- Layari https://ezakat.org

2. Pilih jenis zakat: Zakat Pendapatan
3. Masukkan jumlah bayaran (boleh rujuk Cara Kira Zakat Pendapatan)
4. Isikan maklumat peribadi untuk tujuan resit dan rebat cukai

5. Lengkapkan bayaran melalui FPX / Online Banking

Selepas bayaran berjaya:
- Anda akan menerima notifikasi pengesahan e-mel.
- Resit rasmi zakat LZS akan dihantar ke e-mel anda dalam tempoh 7 hari bekerja.
Menunaikan zakat kini boleh dilakukan melalui dua cara utama mengikut keselesaan dan kemampuan anda.
Kelebihan Bayar Zakat Pendapatan Melalui eZakat.org
Berbanding platform lain, pembayaran melalui eZakat.org membawa manfaat tambahan kerana kami bukan sekadar penghubung tetapi penolong amil zakat rasmi LZS yang sah di sisi undang-undang dan syarak.
Berikut kelebihan utama:
1. Diterima & Disahkan Oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)
eZakat.org berada di bawah Institusi Pendidikan Hira’, lantikan rasmi LZS. Semua transaksi direkodkan terus dalam sistem rasmi zakat negeri.
2. Resit Rasmi Dikeluarkan Dalam 7 Hari Bekerja
Resit rasmi zakat akan dihantar ke e-mel anda. Resit ini sah untuk tuntutan rebat cukai individu & syarikat di bawah LHDN.
3. Agihan Terus Kepada Asnaf dan Institusi Pendidikan Islam
Sebahagian hasil zakat diagihkan terus kepada golongan asnaf sekitar Selangor serta membantu sekolah-sekolah Islam di bawah naungan Hira’ – memastikan zakat anda sampai ke tangan yang benar-benar memerlukan.
4. Layak Rebat Cukai Penuh
Pembayaran melalui eZakat.org secara automatik layak mendapat rebat cukai tahunan (rujuk kategori rebat LHDN). Sekiranya anda membayar cukai pendapatan sebelum ini RM100 sebulan. Bila anda mula membayar zakat pendapatan RM50 sebulan, maka anda hanya perlu bayar cukai pendapatan RM50 sebulan.
5. Sah, Selamat dan Mudah
Portal eZakat.org berfungsi sepenuhnya dengan sistem SSL Secure Payment, dan semua data disahkan secara manual oleh Penolong Amil bertauliah.
Perlu Bayar Online atau Kaunter?
Menunaikan zakat pendapatan kini semudah beberapa klik tetapi impaknya sangat besar.
Melalui eZakat.org, anda bukan sahaja menunaikan kewajipan dengan sah, malah membantu memperkukuh institusi pendidikan Islam serta kebajikan asnaf di Selangor.
Jika anda nak tahu berapa kadar bayaran zakat pendapatan anda setelah buat tolakan keperluan asasi, boleh tekan dengan rujuk pada link kalkulator zakat ini. Setelah dapat penolakan tersebut, kadar zakat pendapatan hanya 2.5% sahaja dan boleh dilakukan secara bulanan kerana lebih mudah.