Terkini & Wajib Tahu! Pembayar Zakat Di Selangor Hanya Boleh Bayar Zakat Melalui Amil Selangor Sahaja.

amil selangor

Bayarlah Kepada Amil Selangor Yang Dilantik Di Selangor.

Topik : Amil Selangor

Tuntutan menunaikan zakat merupakan kewajipan ke atas setiap muslim apabila memenuhi syarat-syaratnya. Sebagai tanda syukur yang tidak terhingga atas segala limpahan kurniaan Allah SWT kepada kita, umat Islam yang dikurniakan kekayaan wajib menunaikan zakatnya.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahiliy Radhiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad

“Dan tunaikan zakat atas harta kekayaan kalian, taatilah pemimpin kamu nescaya kamu akan masuk syurga tuhan kamu”

Dalam memastikan pengurusan ibadah zakat dilaksanakan dengan baik dan teratur, Allah SWT telah menyerahkan mandat bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat ke atas pihak Ulil Amri atau pemerintah di sesebuah tempat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 103

“Ambil lah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya emgkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui”.

Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa Allah SWT telah mengarahkan Rasul-Nya untuk mengutip zakat daripada harta para sahabat pada ketika itu yang telah memenuhi syarat, bertujuan untuk menyucikan mereka daripada akhlak yang buruk dan membersihkan mereka daripada dosa. Arahan memungut zakat pada asalnya adalah dipertanggungjawabkan ke atas Rasulullah SAW sebagai pemimpin atau pemerintah. Namun, tugasan tersebut diwarisi silih berganti oleh para khalifah atau pemimpin umat Islam. Tugasan tersebut juga boleh diwakilkan melalui pelantikan atau pentauliahan kepada individu atau organisasi yang layak untuk menjalankan dan melaksanakannya.

Pembayaran Zakat Di Selangor Dengan Amil Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyeru umat Islam di Selangor membayar zakat kepada amil dilantik di negeri Selangor.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian berikutan masih terdapat kes ejen dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri tertentu yang mengutip zakat di Selangor, iaitu di luar kawasan diperuntukkan.

Dalam melaksanakan tugasan memungut zakat daripada pembayarnya, Majlis Agama Islam Negeri memiliki peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, antaranya adalah pemungut hendaklah merupakan amil yang dilantik atau ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam negeri tersebut. Sekiranya Majlis Agama Islam sesuatu negeri telah melantik atu memberikan tauliah kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat, pelantikan tersebut adalah sah menurut Hukum Syarak tetapi ia hanya terpakai di dalam ruang lingkup sempadan negeri atau bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri melantik. Seksyen 37. enakmen Jenayyah Syariah (Selangor). 1995 menyatakan bahawa:

 

“Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah janji pulangan rebat yang lumayan menyebabkan ejen terbabit menjadi rakus mengutip zakat sehingga merentasi negeri lain walaupun menyalahi Akta Kesalahan Jenayah Syariah negeri berkenaan.

“Dana zakat di Selangor sangat penting untuk menyantuni para asnaf dan yang diperlukan adalah sebanyak RM 1.36 billion.

Jika kutipan zakat di negeri Selangor ‘diseludup’ ke tempat lain oleh pihak yang tidak bertangungjawab, sudah tentu golongan asnaf yang sepatutnya menikmati bantuan zakat akan dizalimi dan hak mereka juga dinafikan” titah baginda.

Baginda mengingatkan bahawa di negeri ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan mengurus hal ehwal Islam termasuk urusan pelantikan atau pentauliahan amil zakat iaitu amil Selangor khususnya.

Titah baginda, dari sudut hukum syarak, mengutip zakat di luar dari sempadan negeri merupakan satu kesalahan dan zakat dibayar kepada ejen yang melanggar serta merentas sempadan majlis agama Islam negeri adalah tidak sah.

Sekiranya Anda keliru tentang pengiraan zakat untuk  Qadha Zakat, Anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengira zakat pendapatan melalui perkhidmatan agensi zakat yang berdekatan.

 

Kami di eZakat.org ialah amil Selangor telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Manfaat yang anda perolehi sekiranya menunaikan berzakat bersama Sekolah Islam Hira’ amil Selangor :

  • Rebat Cukai Pendapatan : Zakat yang dibayar oleh anda layak dituntut sebagai rebat cukai. Rebat cukai bagi zakat akan diberikan terhadap bayaran zakat yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu.
  • Agihan Terus Kepada Asnaf : Zakat yang dikutip akan diagihkan kepada asnaf zakat iaitu orang miskin dan fakir miskin, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan mualaf.
  • Membantu Sekolah Islam : Zakat yang anda salurkan dapat membantu membina pusat pendidikan yang berteraskan Islam untuk anak-anak menuntut ilmu dan dapat menyediakan ekosistem pembelajaran yang baik.

Nak bayar zakat dengan eZakat (amil Selangor), boleh klik di sini

Kami sedia membantu anda dari A-Z untuk kiraan dan bayaran zakat tanpa anda perlu ke kaunter zakat. Semuanya di hujung jari anda.

tag: amil selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles