Wajib Qadha Zakat! 3 Alasan Mengapa Anda Harus Segera Melunaskan Zakat Tunggakan

Alamak! Lupa la Nak Bayar Zakat, Boleh Bayar Lagi Ke Zakat Yang Tahun Lepas?

Pasti pernah terlintas di fikiran macam mana cara nak bayar zakat yang kita terlupa? Jadi apa tindakan yang perlu diambil dan bagaimana cara penyelesaiannya?

Zakat iaitu rukun Islam yang ketiga wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syaratnya. Kegagalan melaksanakan bayaran zakat boleh mendatangkan dosa besar dan harta yang tidak dizakatkan akan menjadi bahan pembakar api neraka di akhirat nanti.

Dalil Akibat Tidak Membayar Zakat

  • Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 34-35:

    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar daripada orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil, dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan ALLAH. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan ALLAH, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih; pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka, Inilah harta benda kalian yang kalian simpan untuk diri kalian sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kalian simpan itu.”

Seseorang individu Muslim yang masih tidak melunaskan zakatnya setelah mencukupi syarat-syarat wajib dikira berhutang dengan Allah SWT dan hutang kepada Allah ialah hutang yang paling utama wajib diselesaikan terlebih dahulu berbanding dengan hutang sesama manusia. Jika zakatnya tertangguh atau terlewat melunaskannya, maka ianya wajib mengqadha zakatnya itu.

Apa Itu Qadha Zakat?

Qadha Zakat ialah melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkannya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.

Qada dalam konteks ibadah ialah setiap amalan fardu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, sengaja meninggalkannya atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Individu atau syarikat yang telah cukup syarat wajib menunaikan zakat, layak menunaikan zakat pada tahun-tahun yang lalu dan jika masih belum melunaskan semua zakat yang wajib bagi tahun yang lalu, maka zakat itu wajib diqada.

Daripada segi istilah fuqaha, qada ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah atau yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Hukum Qadha Zakat?

Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Hambali dan Imam Syafie:“Ketika penunaian zakat itu dapat dilakukan dengan segera, maka orang yang mengakhirkan penunaiannya dianggap ceroboh (kepada kewajipan berzakat), sehingga dia mesti bertanggungjawab terhadap pencerobohan yang dilakukan.”

 

Rujuk Al-Mughni, Jilid 2, halaman 686 dan Al-Majmu’, Jilid 5, halaman 302

Cara Menunaikan Qadha Zakat?

  • Qadha zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu.
  • Pembayaran qada zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
  • Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh negeri Selangor atau melalui saluran bayaran lain seperti perbankan internet, amil zakat dan lain-lain.

Sekiranya Anda keliru tentang pengiraan zakat untuk  Qadha Zakat, Anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengira zakat pendapatan melalui perkhidmatan agensi zakat yang berdekatan.

Ikuti Langkah-langkah berikut :

  • Kunjungi agensi zakat yang berdekatan seperti amil zakat LZS, Institusi Pendidikan Hira’
  • Sediakan maklumat pendapatan dan potongan anda.
  • Staf agensi zakat akan membantu anda mengira zakat pendapatan dan menjelaskan proses pembayarannya.

Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Manfaat yang anda perolehi sekiranya menunaikan berzakat bersama Sekolah Islam Hira’ :

  • Rebat Cukai Pendapatan : Zakat yang dibayar oleh anda layak dituntut sebagai rebat cukai. Rebat cukai bagi zakat akan diberikan terhadap bayaran zakat yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu.
  • Agihan Terus Kepada Asnaf : Zakat yang dikutip akan diagihkan kepada asnaf zakat iaitu orang miskin dan fakir miskin, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan mualaf.
  • Membantu Sekolah Islam : Zakat yang anda salurkan dapat membantu membina pusat pendidikan yang berteraskan Islam untuk anak-anak menuntut ilmu dan dapat menyediakan ekosistem pembelajaran yang baik.

Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini

Kami sedia membantu anda dari A-Z untuk kiraan dan bayaran zakat tanpa anda perlu ke kaunter zakat. Semuanya di hujung jari anda.

Kiraan Qadha Zakat?

Qada Zakat ditunaikan zakatnya mengikut tahun dan nilai harta tersebut. Kadar Qada Zakat adalah 2.5%. Jika tidak mengetahui jumlah harta sebenar ketika itu, maka anggaran nilai terhampir dilakukan.

Contoh anggaran Qada Zakat jika tiada maklumat pada tahun qadha zakat tersebut.

Contoh kiraan seseorang yang mahu tunai qadha zakatnya jika tiada maklumat yang terperinci hartanya (boleh mengambil kira nilai yang diyakini) dan mengikut gabungan
nisab yang terakhir.

Kesimpulan

Secara konklusinya, seseorang yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu Islam, merdeka, pemilikan penuh terhadap harta, cukup nisab dan cukup haul adalah wajib ke atas seseorang itu untuk mengeluarkan zakat. Sekalipun seseorang itu kanak-kanak atau belum mumayyiz, ini kerana zakat adalah ibadah harta yang melibatkan semua orang Islam tanpa mengira umur dan jantina.

Semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan dalam artikel ini mampu memberikan pencerahan dan kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik InshaAllah. Sama-sama kita sebagai umat Islam menyebarkan kebaikkan bersama.

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Riwayat al-Bukhari (3461) dan al-Tirmizi (2669)

tags : zakat

Jom sama-sama tunaikan zakat rukun Islam ketiga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles