3 Langkah Mudah Kira Zakat Untuk Pekerja Kontrak, Panduan Lengkap Untuk Faham!

Soalan ini sentiasa bermain di benak fikiran, adakah tuntutan zakat juga dikenakan kepada pekerja yang sementara/kontrak atau tidak mempunyai pendapatan yang tidak tetap?

Begini, di dalam al-Quran telah dinyatakan tuntutan kewajipan berzakat seperti mana firmanNYA:

Dalil al-Quran dan al-Hadith Tentang Kewajipan Berzakat.

Dalil yang Tentang Kewajiban Zakat

  • Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 103:

    Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    Hadis: Rasulullah SAW bersabda:

    “Islam dibangun di atas lima perkara: Mengesakan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan menunaikan haji ke Baitullah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Antara lain juga, syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk mengeluarkan zakat ialah : 

  • Seseorang itu mestilah Islam dan Merdeka, yang bermaksud tidak wajib zakat ke atas orang yang kafir serta ke atas hamba.
  • Harta itu mesti milikan penuh. Ini bermaksud harta yang boleh digunakan tanpa apa-apa halangan atau bukan harta yang dikongsi.
  • Mestilah cukup nisab yang telah ditetapkan iaitu sejumlah harta yang mencapai nilai yang diwajibkan untuk berzakat.
  • Cukup haul (setahun) iaitu genap setahun harta tersebut berada dalam simpanannya.

Nisab bagi Zakat Selangor Bagi Tempoh Julai – Disember adalah RM 27,696.00

Menjawab persoalan, seseorang itu tidak wajib dikenakan zakat sehingga dia telah mencukupi syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas. Meskipun seseorang itu masih bekerja secara kontrak atau bekerja yang tidak mempunyai pendapatan tetap, namun sekiranya harta telah mencukupi syarat tersebut, maka seseorang wajib untuk mengeluarkan zakat.

Sekiranya Anda keliru tentang pengiraan zakat, Anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengira zakat pendapatan melalui perkhidmatan agensi zakat yang berdekatan.

Ikuti Langkah-langkah berikut :

  • Kunjungi agensi zakat yang berdekatan seperti amil zakat LZS, Institusi Pendidikan Hira’
  • Sediakan maklumat pendapatan dan potongan anda.
  • Staf agensi zakat akan membantu anda mengira zakat pendapatan dan menjelaskan proses pembayarannya.

Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Manfaat yang anda perolehi sekiranya menunaikan berzakat bersama Sekolah Islam Hira’ :

  • Rebat Cukai Pendapatan : Zakat yang dibayar oleh anda layak dituntut sebagai rebat cukai. Rebat cukai bagi zakat akan diberikan terhadap bayaran zakat yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu.
  • Agihan Terus Kepada Asnaf : Zakat yang dikutip akan diagihkan kepada asnaf zakat iaitu orang miskin dan fakir miskin, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan mualaf.
  • Membantu Sekolah Islam : Zakat yang anda salurkan dapat membantu membina pusat pendidikan yang berteraskan Islam untuk anak-anak menuntut ilmu dan dapat menyediakan ekosistem pembelajaran yang baik.

Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini

Kami sedia membantu anda dari A-Z untuk kiraan dan bayaran zakat tanpa anda perlu ke kaunter zakat. Semuanya di hujung jari anda.

Kesimpulan

Secara konklusinya, seseorang yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu Islam, merdeka, pemilikan penuh terhadap harta, cukup nisab dan cukup haul adalah wajib ke atas seseorang itu untuk mengeluarkan zakat. Sekalipun seseorang itu kanak-kanak atau belum mumayyiz, ini kerana zakat adalah ibadah harta yang melibatkan semua orang Islam tanpa mengira umur dan jantina.

Semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan dalam artikel ini mampu memberikan pencerahan dan kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik InshaAllah. Sama-sama kita sebagai umat Islam menyebarkan kebaikkan bersama.

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Riwayat al-Bukhari (3461) dan al-Tirmizi (2669)

tags : zakat

Jom sama-sama tunaikan zakat rukun Islam keempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles