PENTING! 73% Belia Malaysia Ada Hutang, Adakah Tetap Wajib Zakat?

zakat

Pertanyaan yang sering diajukan dalam fikiran, ” saya ni mempunyai banyak hutang, adakah saya masih wajib membayar zakat? Situasi ini sering kali terlintas di saat kita berada di kondisi yang sulit. Jadi mari kita lihat hukum islam yang terkait dengan hal ini.

Pengertian Zakat

Sebahagian besar jenis zakat yang telah ditetapkan dalam syariat Islam hukumnya adalah wajib. Zakat ini dikenakan atas harta yang telah mencapai nisab dan haul, seperti zakat emas, perak, perniagaan, pertanian, ternak, dan sebagainya. Kewajiban membayar zakat ini telah ditegaskan dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Dalil yang Menegaskan Kewajiban Zakat

  • Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 103:

    “Ambillah zakat dari harta mereka, agar dengannya kamu menyucikan dan mensucikan mereka; dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu adalah ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

    Hadis: Rasulullah SAW bersabda:

    “Islam dibangun di atas lima perkara: Mengesakan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan menunaikan haji ke Baitullah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Orang Yang Berhutang

Agama Islam tidak melarang kita daripada berhutang bahkan wujud nas al-Quran membicarakan dengan jelas perihal hutang-piutang. Perkara ini membuktikan bahawa agama Islam merupakan agama yang bersifat menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan. Firman Allah SWT:

Dalil yang Menegaskan Keharaman Tidak Membayar Zakat

  • Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 282:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)”.

Dari sudut orang yang berhutang iaitu dalam kategori “Hutang yang Bertangguh” tidak akan mengugurkan kewajiban menunaikan zakat terhadap mereka. Hanya “Hutang yang perlu dibayar segera” sahaja yang boleh mengurangkan jumlah nisab dan mengugurkan kewajipan zakat sekiranya harta penghutang tidak mencapai nisab zakat setelah ditolak hutang tersebut.

3. Jenis Hutang

Hutang Segera : Hutang segera ialah hutang yang wajib dibayar secepat mungkin apabila dituntut. Maksud yang lebih mendalam merujuk pada jenis hutang yang dapat langsung mengurangi jumlah harta yang wajib dizakatkan.

Dengan kata lain, jika seseorang memiliki hutang yang harus segera dibayar, maka jumlah hutang tersebut dapat dikurangkan dari jumlah harta yang dimiliki sebelum nisab dihitung.

Syarat Hutang Segera :

Jangka waktu pembayaran yang pendek : Hutang tersebut harus segera dilunaskan, bukan dalam jangka waktu yang panjang.

Hutang yang pasti : Jumlah hutang harus jelas dan pasti, srta ada bukti yang kuat mengenai keberadaan hutang tersebut.

Hutang yang tidak dapat ditunda : Pembayaran hutang tidak dapat ditunda atau dialihkan ke waktu yang lain.

Contoh Hutang Segera :

Hutang Kad Kredit : hutang yang memiliki tarikh atau tempoh tertentu yang perlu dibayar setiap bulan.

Hutang  Segera mempengaruhi kewajipan zakat kerana dianggap sebagai kewajipan yang lebih mendesak berbanding dengan kewajipan zakat. Prinsipnya seseorang harus memenuhi kewajipan duniawi iaitu melunasi hutang sebelum menjalankan kewajipan agama seperti membayar zakat.

Hutang Bertangguh : Hutang Bertangguh pula ialah hutang yang diberikan tempoh masa untuk melunaskannya seperti contoh hutang kereta, rumah dan lain-lain yang diberikan tempoh masa yang lama seperti 20 – 30 tahun untuk dilunaskan.

  1. Hutang bertangguh tidak wajib dikeluarkan zakat sehinggalah tempoh akhir masa yang dipersetujui bersama. Sekiranya tempoh yang diberikan sudah tamat dan pemberi hutang telah menerima hutangnya ataupun belum terima tetapi mampu mendapatkannya, maka dia wajib mengeluarkan zakatnya bagi tahun-tahun yang lalu berdasarkan mazhab Syafie. Sekiranya hutang tersebut belum diterima dan tidak mampu mendapatkannya, dia hendaklah menunggu sehingga mampu diperoleh, kemudian barulah mengeluarkan zakat bagi tahun-tahun yang lalu.

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/69)

Disini kami lampirkan beberapa contoh situasi :

Situasi 1: Hutang segera yang mampu diperoleh semula

Abu berhutang dengan Ahmad sebanyak RM 15,000 dan berjanji akan mengembalikannya semula selepas setahun. Setelah tempoh setahun berlalu, Abu hanya mampu untuk membayar RM10,000 terlebih dahulu, baki lagi RM5,000 akan diberikan selepas seminggu. Dalam hal ini, walaupun Ahmad tidak menerima hutangnya secara penuh namun dia tetap perlu mengira wang tunai dalam milikannya termasuklah hutang yang diberikan kepada Abu secara penuh iaitu sebanyak RM 15,000 untuk dikeluarkan zakat ke atasnya. Ini kerana hutang tersebut dikategorikan sebagai hutang segera yang mampu diperoleh semula dalam masa terdekat. 

Situasi 2: Hutang segera yang tidak mampu diperoleh semula

Ali berhutang dengan Ammar sebanyak RM15,000 dan berjanji untuk memulangkannya dalam tempoh 6 bulan. Akan tetapi, setelah 6 bulan berlalu, Ammar tidak dapat menghubungi Ali untuk menuntut semula hutangnya yang diberikan kepadanya. Maka, Ammar tidak pasti sama ada Ali akan membayar hutangnya semula atau tidak. Kemudian setelah tiga tahun, Ali muncul semula dan datang berjumpa Ammar untuk membayar kesemua hutangnya. Jadi, selepas Ammar menerima semula wangnya, Ahmad perlulah mengeluarkan zakat ke atasnya bagi tahun semasa serta tahun-tahun yang sebelumnya iaitu selama 3 tahun.

Situasi 3: Hutang yang Bertangguh

Afiq memberi hutang kepada Syafiq sebanyak RM20,000 dan Syafiq berjanji untuk membayarnya semula selepas tempoh 3 tahun. Afiq hanya wajib mengeluarkan selepas 3 tahun tempoh pembayaran hutang. Zakat yang dikeluarkan adalah untuk tahun semasa dan tahun-tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun khusus dalam permasalahan zakat bagi pemiutang ini, kami cenderung untuk mengambil pandangan yang diriwayatkan dari al-Hasan, Umar bin Abdul Aziz dan mazhab Imam Malik bin Anas. Pandangan ini juga yang diputuskan oleh Majma’ Fiqh Islami dan dipilih oleh Syeikh Yusuf al-Qaradawi (Fiqh Zakat 1/155). Kecenderungan ini atas dasar pertimbangan melihat kepada keadaan pemiutang yang sudah terbeban akibat daripada penangguhan hutang yang sepatutnya dilunaskan dan mungkin akan menambah lagi bebannya sekiranya perlu membayar zakat untuk beberapa tahun.

Sekiranya Anda keliru tentang pengiraan zakat, Anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengira zakat pendapatan melalui perkhidmatan agensi zakat yang berdekatan.

Ikuti Langkah-langkah berikut :

  • Kunjungi agensi zakat yang berdekatan seperti amil zakat LZS, Institusi Pendidikan Hira’
  • Sediakan maklumat pendapatan dan potongan anda.
  • Staf agensi zakat akan membantu anda mengira zakat pendapatan dan menjelaskan proses pembayarannya.

Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini

Kesimpulan

Hukum zakat secara umum adalah wajib bagi setiap muslim yang telah mencapai nisab dan haul. Zakat memiliki peranan yang sangat penting dalam membersihkan harta, menumbuhkan rasa solidaritas sosial, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh karena itu, setiap muslim hendaknya memahami hukum zakat dan melaksanakannya dengan ikhlas.

tags: zakat 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles