Ramai pemegang pelaburan ASB dan ASNB tertanya-tanya sama ada ‘adakah pelaburan ASB mereka wajib dizakatkan?’
Ada yang menyangka ASB tak perlu zakat sebab sudah “dibayar oleh pihak pengurus dana”.
Hakikatnya, fatwa Negeri Selangor menetapkan pelaburan ASB dan ASNB wajib dizakatkan oleh pemegang sendiri, bukan oleh pihak PNB.
Artikel ini akan terangkan hukum dan cara kira zakat pelaburan ASB/ASNB dengan rujukan rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Mufti Negeri Selangor.
Table of Contents
ToggleHukum Zakat Pelaburan ASB dan ASNB
Menurut Fatwa Zakat Negeri Selangor, wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan tabung-tabung ASNB yang seumpamanya adalah wajib dizakatkan apabila:
“Pelaburan itu memberi pulangan dan berada di bawah kawalan pemilik (milik sempurna), serta cukup nisab dan haul.”
(Rujuk: Jabatan Mufti Negeri Selangor, 2023)
Kesimpulan Hukum:
- Wajib zakat ke atas pemegang unit ASB/ASNB.
- Zakat dikenakan atas jumlah nilai pelaburan semasa (pokok + dividen).
- PNB tidak menunaikan zakat bagi pihak pelabur individu.
Dalil dan Asas Pensyariatan
Firman Allah SWT:
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu engkau membersihkan dan menyucikan mereka.”
(Surah At-Taubah, ayat 103)
Zakat pelaburan termasuk dalam kategori “zakat harta yang berkembang” (mal al-mustafad) kerana ia memberi keuntungan dan pertambahan nilai.
Pelaburan ASB/ASNB Yang Wajib Zakat
Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), pelaburan ASNB yang wajib dizakatkan termasuk:
- Amanah Saham Bumiputera (ASB)
- Amanah Saham Nasional (ASN)
- Amanah Saham 1Malaysia (ASM)
- Amanah Saham Malaysia (ASM 2 Wawasan, ASM 3, dsb)
- Mana-mana dana patuh syariah ASNB
Zakat dikenakan sama ada pelaburan dibuat secara tunai, auto-debit, atau dividen digabung semula (reinvested).
Syarat Wajib Zakat Pelaburan ASB / ASNB
- Islam – Seseorang itu mestilah beragama Islam
- Memiliki harta – Seseorang itu mestilah mempunyai pelaburan dalam ASB
- Cukup Haul – Milik pelaburan kekal setahun Hijrah (354 hari)
- Cukup Nisab – Nilai keseluruhan pelaburan ASB melebihi RM29,961 (nisab Selangor Jan–Jun 2025)
- Pemilikan Sempuran – Harta tersebut adalah milik peribadi sepenuhnya
Kadar Zakat Pelaburan ASB / ASNB
Kadar zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada jumlah nilai pelaburan semasa (pokok + dividen).
Kiraan dibuat berdasarkan nilai semasa pada tarikh cukup haul.
Cara Mengira Zakat Pelaburan ASB / ASNB
Langkah 1:
Semak jumlah unit pelaburan terkini di akaun MyASNB atau penyata tahunan.
Langkah 2:
Kira nilai pelaburan semasa = jumlah unit × harga seunit (biasanya RM1).
Langkah 3:
Tambah jumlah dividen (jika belum dikeluarkan).
Langkah 4:
Kira 2.5% dari jumlah keseluruhan.
Contoh Kiraan Zakat ASB
Maka zakat wajib dibayar sebanyak RM1,175 untuk tahun tersebut.
Status Patuh Syariah ASB Untuk Zakat
Menurut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2021, PNB telah mencapai 75.7% kepatuhan syariah sehingga Disember 2020 dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Ini bermaksud, status patuh syariah dana yang sepatutnya telah dicapai dan hukumnya ‘harus’ zakat. Kewajiban zakat terhadap pelaburan zakat ASB/ASNB adalah dikenakan sepenuhnya ke atas aset pelaburan, dividen dan bonus.
Cara Bayar Zakat Pelaburan ASB / ASNB
- Online di eZakat.org
- Pilih kategori Zakat Saham
- Masukkan info peribadi untuk tujuan resit
- Pilih Tahun / Haul serta jumlah yang dikehendaki
- Lengkapkan bayaran melalui FPX / Online Banking
- Resit rasmi LZS akan dihantar dalam 7 hari bekerja
- Di Kaunter Zakat Terpilih Selangor
- Jumpa Penolong Amil bertauliah (lantikan rasmi LZS). Kaunter eZakat.org boleh ke SINI-MAPS
- Boleh semak jumlah sebenar wajib zakat
- Layak rebat cukai tahunan
Soalan Lazim (FAQ)
1. Kalau ASB saya kurang RM29,961, kena zakat ke?
Belum wajib. Tapi disunatkan bayar zakat sukarela atau sedekah kecil tanda syukur.
2. Kalau dividen ASB saya dah digunakan, masih kena zakat ke?
Ya, sebab zakat dikira atas nilai keseluruhan pelaburan (pokok + dividen diterima).
3. Adakah PNB atau ASNB tolong bayarkan zakat bagi pihak pelabur?
Tidak. PNB hanya bayar zakat korporat syarikat, bukan zakat individu pelabur.
4. Kalau saya keluarkan duit ASB sebelum cukup setahun, masih kena zakat ke?
Tidak wajib, kerana tidak cukup haul. Tapi jika disimpan semula, haul baharu bermula.
Kelebihan Menunaikan Zakat Pelaburan
- Membersihkan keuntungan pelaburan daripada syubhah.
- Menjadikan pelaburan lebih berkat.
- Menyumbang kepada asnaf dan pelajar Islam di Selangor.
- Layak rebat cukai tahunan (LHDN).
“Bersegeralah kamu menunaikan zakat, kerana bala tidak dapat mendahului zakat.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Kesimpulan
Zakat ASB dan ASNB wajib ditunaikan oleh pemegang unit sendiri, bukan oleh PNB atau mana-mana institusi.
Ia dikira berdasarkan jumlah pelaburan semasa (pokok + dividen) apabila cukup nisab dan haul.
Mudah Kan Tunaikan Zakat Pelaburan ASB
Mengira serta menunaikan zakat pelaburan ASB bukan sekadar angka kerana ia menggambarkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan. Nak kira pun tak susah.
Gunakan panduan dan kalkulator rasmi di eZakat.org untuk semak jumlah sebenar, dan tunaikan zakat dengan yakin melalui Penolong Amil bertauliah LZS.




