Search
Close this search box.

,

6 Langkah Mudah Bayar Zakat Pendapatan di Selangor

zakat selangor

Untuk semua info bagi pembayar zakat tidak kira jika anda adalah pembayar zakat Selangor atau zakat Wilayah Persekutuan. Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Zakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang memiliki penghasilan yang mencapai nisab. Nisab zakat pendapatan adalah setara dengan 85 gram emas atau nilai mata wang yang setara.

Setiap muslim wajib membayar zakat pendapatan bagi yang mampu dan sudah mencapai nisab. Manfaat membayar zakat pendapatan bukan sahaja untuk individu tetapi juga dapat memberi kebaikkan kepada masyarakat secara keseluruhan.

 

zakat se

Langkah-langkah pembayaran zakat pendapatan?

1. Kira Jumlah Pendapatan Kasar

Langkah pertama untuk membayar zakat pendapatan adalah anda perlu mengira jumlah pendapatan kasar terlebih dahulu. Anda perlu menghitung jumlah keseluruhan pendapatan yang anda perolehi dalam masa 1 tahun, sebelum ia dipotong oleh perbelanjaan-perbelanjaan lain.

2. Kira Jumlah Pendapatan Bersih

3. Menilai Nisab Zakat Pendapatan

Langkah kedua ialah kira jumlah pendapatan bersih anda. Pendapatan bersih anda setelah ditolak oleh perbelanjaan komitmen anda seperti :

  • Perbelanjaan harian
  • Sewa Rumah
  • Pendidikan
  • Perbelanjaan perubatan dan banyak lagi.

Nak kira zakat dengan mudah? Klik kalkulator zakat selangor di sini

Nisab zakat pendapatan di Selangor adalah sebanyak RM 24,007 setahun. Kebiasaanya nilai nisab zakat pendapatan berubah setiap tahun, sesuai dengan harga emas semasa.

4. Menentukan Zakat Yang Dikenakan

Langkah keempat, setelah anda selesai mengira jumlah pendapatan bersih yang anda perolehi maka selanjutnya untuk mengetahui berapakan nilai zakat yang anda harus keluarkan adalah mengikut rumus seperti berikut.

ZAKAT PENDAPATAN = 2.5% X JUMLAH PENDAPATAN BERSIH

5. Memilih Institusi Pengelola Zakat

Ini adalah antara langkah terpenting untuk pembayaran zakat. Anda perlu memastikan pengelola zakat tersebut memiliki tauliah dari pemerintah atau Majlis zakat serta memiliki rekod baik dalam pengelolaan zakat.

Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini

6. Mendapatkan Bukti Pembayaran Zakat

Setelah anda membayar zakat melalui pengelola zakat yang dipercayai, seterusnya anda perlu memastikan bahawa penting untuk anda mendapatkan resit bayaran dari pengelola zakat keperluan rebat cukai dan bukti telah menunaikan zakat dengan sempurna.

Kesimpulan

Ikutilah langkah-langkah pembayaran zakat pendapatan dengan sempurna seperti di atas. InshaAllah zakat yang anda salurkan akan dapat memberi manfaat kepada ummah Islam secara keseluruhan. Dengan adanya platform seperti eZakat ini dapat meringankan dan memudahkan para pembayar zakat dapat menunaikan kewajipan dengan mudah dan tepat pada waktunya.

tags: zakat selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Related articles

PLATFORM EZAKAT.ORG

Kami telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Join Komuniti Kami
Terokai Topik Menarik
Artikel Pilihan Editor