Table of Contents
ToggleApakah Maksud Akaun Syariah?
Akaun KWSP Syariah atau simpanan syariah yang mana pilihan disediakan oleh KWSP untuk pencarum bagi simpanan ahli untuk diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah.
Oleh itu telah diwujudkan satu seksyen 43A Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 untuk mengurus dan mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Syariah.
Mengapa Simpanan Shariah?
- Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan.
- Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) yang sering terdapat dalam pelaburan perbankan konvensional.
- Membantu ahli yang meninggal dunia menyediakan dana yang halal untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
Persoalan : Adakah Akaun KWSP Dah Dipotong Zakat?
Mengikut Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS) Di Bawah KWSP:
- Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat ke atas simpanan KWSP Syariah yang layak dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan iaitu mempunyai pemilikan sempurna pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa.
- KWSP tidak mengeluarkan zakat atau membayar zakat bagi pihak ahli tidak kira pemegang akaun syariah atau konvesional kerana semua pelaburan KWSP adalah menggunakan simpanan ahli KWSP yang belum menjadi milik sempurna yang merupakan salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat.
Jadi jika anda sudah mencapai umur 55 tahun dan anda layak kerana pemilikan sempurna tetap dikenakan zakat ke atas KWSP walaupun anda belum mengeluarkan lagi wang KWSP tersebut dari akaun anda tidak kira akaun anda KWSP syariah atau KWSP konvesional.
Manakala sekiranya anda masih lagi berumur di bawah usia 55 tahun dan belum layak untuk pemilikan sempurna tidak dikenakan zakat ke atas wang KWSP anda melainkan jika wang simpanan KWSP sudah mencapai nisab atau anda ingin mengeluarkan sebahagian wang KWSP tersebut maka anda akan dikenakan zakat.
Situasi 1 – Bila Umur Dah Capai 55 Tahun & tidak mahu lagi keluarkan.
Jumlah Pendapatan Simpanan Keseluruhan Di Dalam Akaun:
RM100,000
Zakat yang dikenakan : RM 100,000 x 2.5% = RM 2500
——————————————————-
Situasi 2 – Bila Umur Dah Capai 55 Tahun & ingin keluarkan
duit simpanan untuk perbelanjaan, zakat akan dikenakan ke atas jumlah asal simpanan yang ada dalam akaun.
Jumlah Pendapatan Simpanan Keseluruhan Di Dalam Akaun: RM 100,000
Zakat Pendapatan: RM 100,000 x 2.5% = RM2500
————————————–
Situasi 3 – Bila Umur Belum Capai 55 Tahun & tidak mahu lagi
keluarkan tetapi simpanan dan dah capai nisab tidak dikenakan zakat, kecuali
apabila sudah sampai 55 tahun sudah dikira milku tam, maka simpanan akan dikenakan zakat.
Jumlah Pendapatan Simpanan Keseluruhan Di Dalam Akaun & sudah mencapai usia 55 tahun (sudah dikira milku tamiaitu milik sempurna):
RM50,000
Zakat yang dikenakan : RM 50,000 x 2.5% = RM 1250
————————————–
Situasi 4 – Bila Umur Belum Capai 55 Tahun & mahu keluarkan duit untuk perbelanjaan, zakat dikenakan yang duit yang dikeluarkan sahaja
Jumlah Pendapatan Simpanan Keseluruhan Di Dalam Akaun:
RM50,000
Sipanan yang dikeluarkan : RM 10,000
Zakat yang dikenakan : RM 10,000 x 2.5% = RM 250
Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.
Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini
Kesimpulan
Zakat KWSP adalah kewajipan bagi setiap individu Muslim yang mempunyai simpanan melebihi nisab dan haul. Ini bermakna, jika jumlah simpanan KWSP seseorang telah mencapai nilai nisab (nilai minimum harta yang wajib dikeluarkan zakatnya) dan telah disimpan selama satu tahun (haul), maka individu tersebut perlu mengeluarkan zakat ke atas simpanan tersebut. Kesimpulannya, zakat KWSP adalah satu kewajipan agama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang layak. Dengan membayar zakat, kita bukan sahaja menyucikan harta kita, tetapi juga membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
tags: KWSP Syariah