Table of Contents
ToggleApakah Maksud Zakat Pendapatan?
Zakat Pendapatan adalah salah satu cabang zakat yang wajib ke atas umat Islam yang memiliki hasil atau gaji yang mencapai nisab. Secara definisinya zakat yang dikenakan ke atas penghasilan yang diperoleh dari usaha, pekerjaan atau bonus setelah ditolak dengan keperluan utama dan perbelanjaan hidup yang wajib.
Di Selangor, nisab zakat pendapatan pula mengikut Lembaga Zakat Selangor ialah setara dengan 85 gram emas atau nilai mata wang yang setara. Kebiasaanya nilai nisab zakat pendapatan sentiasa berubah mengikut tahun.

1. Cara Manual
Cara manual melibatkan pengiraan secara sendiri menggunakan formula berikut:
Zakat Pendapatan = 2.5% x Jumlah Pendapatan Bersih
Bagaimana cara kiranya, ikuti langkah-langkah berikut:
- Kira Jumlah Pendapatan Keseluruhan : Tambahkan semua pendapatan yang diperoleh dalam 1 tahun, sebelum ditolak cukai dan potongan-potongan lain.
- Kira Jumlah Pendapatan Bersih: Tolak Jumlah Pendapatan Keseluruhan dengan beberapa komponen seperti;
– Cukai Pendapatan
– Potongan Caruman
– Zakat yang telah dibayar sebelumnya
– Perbelanjaan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan.
Setelah itu darabkan Jumlah Pendapatan Bersih dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat pendapatan yang wajib dibayarkan.
Jumlah Pendapatan Keseluruhan: RM100,000
Potongan:
Cukai pendapatan: RM20,000
Caruman: RM1,000
Zakat sebelumnya: RM500
Perbelanjaan asas: RM30,000
Jumlah Pendapatan Bersih: RM100,000 – RM20,000 – RM1,000 – RM500 – RM30,000 = RM48,500
Zakat Pendapatan: RM48,500 x 2.5% = RM1,212.50
2. Menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan Online
Kini terdapat banyak kalkulator zakat pendapatan online yang boleh didapati secara percuma di alam maya. Ia boleh membantu anda dapat mengira zakat pendapatan dengan lebih mudah dan cepat.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Pilih kalkulator zakat pendapatan online, https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/
- Masukkan maklumat pendapatan dan potongan anda.
- Klik butang “kira” untuk mendapatkan jumlah zakat pendapatan yang wajib dibayarkan.
3. Menggunakan Perkhidmatan Agensi Zakat
Anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengira zakat pendapatan melalui perkhidmatan agensi zakat yang berdekatan.
Ikuti Langkah-langkah berikut :
- Kunjungi agensi zakat yang berdekatan seperti amil zakat LZS, Institusi Pendidikan Hira’
- Sediakan maklumat pendapatan dan potongan anda.
- Staf agensi zakat akan membantu anda mengira zakat pendapatan dan menjelaskan proses pembayarannya.
Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.

Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini
Kesimpulan
Pilihlah cara mengira zakat pendapatan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Pastikan anda mengira zakat pendapatan dengan tepat dan menunaikannya tepat pada masanya. Semoga bermanfaat
tags: zakat selangor