Table of Contents
ToggleZakat Selangor: Maksud dan Cara Kira Zakat Pendapatan
Zakat Pendapatan adalah salah satu cabang zakat yang wajib ke atas umat Islam yang memiliki hasil atau gaji yang mencapai nisab. Secara definisinya zakat yang dikenakan ke atas penghasilan yang diperoleh dari usaha, pekerjaan atau bonus setelah ditolak dengan keperluan utama dan perbelanjaan hidup yang wajib.
Di Selangor, nisab zakat pendapatan pula mengikut Lembaga Zakat Selangor ialah setara dengan 85 gram emas atau nilai mata wang yang setara. Kebiasaanya nilai nisab zakat pendapatan sentiasa berubah mengikut tahun.
1. Cara Manual
Cara manual melibatkan pengiraan secara sendiri menggunakan formula berikut:
Zakat Pendapatan = 2.5% x Jumlah Pendapatan Bersih
Bagaimana cara kiranya? Ikuti langkah-langkah berikut dengan lebih terperinci:
1. Kira Jumlah Pendapatan Keseluruhan:
Tambahkan semua sumber pendapatan yang diperoleh dalam tempoh satu tahun. Ini termasuk gaji pokok, elaun, bonus tahunan, komisen, upah tambahan, dividen, dan apa-apa insentif lain yang diterima secara tetap atau tidak tetap. Jumlah ini perlu diambil sebelum ditolak cukai dan potongan wajib lain.
2. Kira Jumlah Pendapatan Bersih:
Daripada jumlah keseluruhan tadi, tolakkan beberapa komponen penting seperti:
Cukai pendapatan yang dibayar kepada LHDN.
Potongan caruman wajib seperti KWSP atau PERKESO.
Zakat lain yang telah dilunaskan lebih awal.
Perbelanjaan asas yang perlu untuk kelangsungan hidup — termasuk keperluan makanan, tempat tinggal, pendidikan anak-anak, dan kos kesihatan keluarga.
Selepas semua komponen ini ditolak, baki yang diperoleh dikenali sebagai pendapatan bersih.
3. Kira Jumlah Zakat Wajib:
Darabkan pendapatan bersih tersebut dengan kadar 2.5% (bersamaan 1/40). Hasilnya ialah jumlah zakat pendapatan yang wajib dibayar bagi tahun tersebut.
Untuk memudahkan, pembayar juga boleh menggunakan kalkulator rasmi Zakat Selangor bagi memastikan pengiraan lebih tepat, terutamanya jika melibatkan pendapatan bercampur seperti gaji, elaun tetap, atau sumber luar negara. Melalui portal rasmi ini, semua komponen dan tolak ansur telah disusun supaya pembayar dapat menunaikan zakat dengan yakin dan tanpa kekeliruan.
Selain itu, penting untuk diingat bahawa zakat bukan sekadar kewajipan kewangan semata-mata. Ia juga berfungsi sebagai satu bentuk penyucian harta dan jiwa. Dengan mengeluarkan zakat pendapatan, seseorang bukan sahaja membantu golongan asnaf di negeri Selangor, malah menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Sekiranya jumlah zakat yang perlu dibayar agak besar, pembayar boleh memilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan. Kaedah ini memudahkan pengurusan kewangan dan memastikan zakat ditunaikan secara konsisten sepanjang tahun. Apa pun caranya, yang penting ialah menunaikan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran dan keikhlasan.
Jumlah Pendapatan Keseluruhan: RM100,000
Potongan:
Cukai pendapatan: RM20,000
Caruman: RM1,000
Zakat sebelumnya: RM500
Perbelanjaan asas: RM30,000
Jumlah Pendapatan Bersih: RM100,000 – RM20,000 – RM1,000 – RM500 – RM30,000 = RM48,500
Zakat Pendapatan: RM48,500 x 2.5% = RM1,212.50
2. Menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan Online
Kini terdapat banyak kalkulator zakat pendapatan online yang boleh didapati secara percuma di alam maya. Ia boleh membantu anda dapat mengira zakat pendapatan dengan lebih mudah dan cepat.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Pilih kalkulator zakat pendapatan online, https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/
- Masukkan maklumat pendapatan dan potongan anda.
- Klik butang “kira” untuk mendapatkan jumlah zakat pendapatan yang wajib dibayarkan.
3. Menggunakan Perkhidmatan Agensi Zakat
Anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengira zakat pendapatan melalui perkhidmatan agensi zakat yang berdekatan.
Ikuti Langkah-langkah berikut :
- Kunjungi agensi zakat yang berdekatan seperti amil zakat LZS, Institusi Pendidikan Hira’
- Sediakan maklumat pendapatan dan potongan anda.
- Staf agensi zakat akan membantu anda mengira zakat pendapatan dan menjelaskan proses pembayarannya.
Kami di eZakat.org telah mendapat tauliah sebagai Penolong Amil Kutipan Zakat IPIS Lembaga Zakat Selangor di bawah nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ Batu Belah.
Nak bayar zakat dengan eZakat, boleh klik di sini
Kesimpulan
Pilihlah cara mengira zakat pendapatan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Pastikan anda mengira zakat pendapatan dengan tepat dan menunaikannya tepat pada masanya. Semoga bermanfaat
tags: zakat selangor



